20.5.10

Mengapa khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan?

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda SAW. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.

Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati rata-rata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar dijalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi SAW yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat Radiyalaahu'anhum keluar 6 bulan:

Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan datang kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan sholat dan Ali yang menjadi imam dalam sholat kami. Selesai sholat, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah Sallalaahu Alayhi Wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)
Keluar 4 bulan:

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahwa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu'anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya

Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orang ramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu. Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha,
Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.” (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari:

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.


(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Fatwa Ulama:

Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
Dan Allah Maha Mengetahui.

(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611, Askimam.com)

14.5.10

Doa Maulana Saad

1. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami
2. Ya Allah tutupilah kesalahan-kesalahan kami
3. Ya Allah tukarkanlah keburukan-keburukan kami dengan kebaikan-kebaikan
4. Ya Allah masukkanlah haqikat iman ke dalam hati kami
5. Ya Allah kurniakanlah sifat iman ke dalam diri kami
6. Ya Allah kurniakanlah pengikhtirafan Mu kepada kami
7. Ya Allah kurniakanlah kami hubungan yang khusus dgn Dzat Mu
8. Ya Allah Engkau adalah milik kami dan kami adalah milik Engkau
9. Ya Allah bantulah kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai
10. Ya Allah tetapkanlah kami didalam amalan-amalan yang Engkau rIdhai
11. Ya Allah kurniakanlah kami kekuatan istikhlas dan istiqamat
12. Ya Allah satukanlah ummat ini dengan usaha dakwah
13. Ya Allah jadikanlah setiap individu ummat ini sebagai Dai agama Mu
14. Ya Allah kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama di dalam hati-hati ummat ini
15. Ya Allah gunakanlah setiap kemampuan kami dalam kerja agama
16. Ya Allah gunakanlah ummat ini untuk buat pengorbanan bagi agama Mu
17. Ya Allah kurniakanlah hidayah kepada seluruh ummat
18. Ya Allah Engkaulah satu-satunya yang membuat tarbiyah haqiki hanya tarbiyahmulah yang Haqikat tarbiyah
19. Ya Allah tarbiyahlah ummat ini dengan sebaik-baiknya
20. Ya Allah kurniakanlah kami kehidupan sunnah Nabi Saw
21. Ya Allah hidupkanlah sunnah Nabi Saw pada setiap diri ummat
22. Ya Allah kurniakanlah kebencian di dalam hati kami terhadap cara hidup orang kafir dan hidupkanlah sunnah-sunnah Nabi di dalam diri kami
23. Ya Allah keluarkanlah sifat hewaniyah dan tidak berakhlak dari diri kami
24. Ya Allah kurniakanlah sifat insaniyah dalam diri kami
25. Ya Allah tunjukilah setiap individu dari ummat ini
26. Ya Allah amkanlah hidayat kepada seluruh ummat
27. Ya Allah luaskanlah jalan-Jalan hidayat
28. Ya Allah tutupkanlah pintu-Pintu bathil
29. Ya Allah hancurkanlah suara-suara bathil
30. Ya Allah gagalkanlah rancangan-rancangan bathil
31. Ya Allah peliharalah usaha-usaha agama ini, rekan-rekan usaha agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah dan semua Pergerakan-Pergerakan agama yang haq
32. Ya Allah bantulah kami di dalam setiap langkah kami
33. Ya Allah tunjukilah kami di dalam setiap langkah kami
34. Ya Allah kurniakanlah taufik kepada kami untuk berbuat kebaikan-kebaikan
35. Ya Allah bantulah kami dengan usaha-usaha agama yang penting ini
36. Ya Allah kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan dan mudahkanlah kami
37. Ya Allah kurniakanlah ihsan Mu kepada kami
38. Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami dengan fadhilat Mu
39. Ya Allah tanamkanlah keyaqinan atas nusrah ghaibiahMu ke dalam hati kami dan
Engkau turunkanlah nusrah ghaibiahMu kepada kami
40. Ya Allah dimana diperlukan hujan, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
41. Ya Allah jangan pandang ummat ini dengan pandangan murka Mu tapi pandanglah ummat ini dengan pandangan ihsan Mu
42. Ya Allah jadikan ummat ini menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan kurniakanlah taufik untuk bertaubat
43. Ya Allah jangan hindarkan rahmat dan ihsan Mu kepada ummat ini
44. Ya Allah kasihanlah dan rahmatilah ummat ini, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
45. Ya Allah keluarkanlah segala harapan dari dalam hati kami kepada ghairuKa, kurniakanlah kami taufik untuk mengambil manfaat secara langsung dari Dzat Mu
46. Ya Allah keluarkanlah yakin yang salah kepada makhluk dari dalam hati kami dan tetapkan kami di dalam menaati perintah-perintah Mu
47. Ya Allah kepada orang-orang yang berhutang, Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaibiahMu untuk menyelesaikan masalah mereka
48. Ya Allah sembuhkanlah orang-orang yang sakit
49. Ya Allah keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami
50. Ya Allah kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kepada kami
51. Ya Allah kepada mereka yang ada masalah dengan Mahkamah, Engkau bebaskanlah mereka
52. Ya Allah kurniakanlah fikir akhirat di dalam hati-hati setiap ummat
53. Ya Allah hapuskanlah segala kelalaian di dalam diri kami
54. Ya Allah kurniakanlah risau akhirat di dalam hati kami
55. Ya Allah dengan ihsan Mu dan rahmat Mu… Terimalah Doa Kami…

(ehsan dari khidmat nizamuddin)

“Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik dari pada dunia dan seisinya”

Selama 10 tahun masa kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, sebanyak 150 jamaah sahabat telah dikeluarkan oleh beliau. Jamaah-jamaah tersebut dikirim untuk mendakwahkan agama ke berbagai tujuan, dari mulai wilayah-wilayah di sekitar Madinah sampai ke tempat-tempat lain yang cukup jauh di wilayah kekuasan Persia dan Rumawi. Beliau sendiri menyertai sebanyak 25 kali rombongan jamaah.

Setiap jamaah yang dikirim ada yang terdiri dari 7 orang, 15 orang, 300 orang, 500 orang, 1.000 orang bahkan sampai 10.000 orang. Jangka waktunya ada yang tiga hari, 15 hari, dua bulan, tiga bulan, empat bulan, enam bulan dan lain sebagainya.
Kalau dihitung-hitung secara cermat, maka dalam setiap tahun, rata-rata sahabat menghabiskan waktu sekitar 7 bulan untuk keluar di jalan Allah SWT, di luar Madinah. Lima bulan sisanya, 2,5 bulan untuk berkhidmat di Masjid Nabawi untuk melayani tamu-tamu yang datang untuk belajar agama di Madinah dan 2,5 bulan selebihnya barulah digunakan untuk keperluan mereka, untuk keluarga, mencari nafkah dan lain sebagainya.

Selama 10 tahun tersebut para sahabat telah terdidik untuk setiap saat siap meninggalkan urusan keduniaan ketika seruan untuk keluar di jalan Allah telah diserukan, kapan saja dan kemana saja. Mereka berangkat tanpa menghitung-hitung waktu dan jarak yang akan ditempuh.

Seruan tersebut kadang diumumkan ketika mereka sedang sibuk berjual beli di pasar, memetik kurma di kebun, di majlis perkawinan, ketika ibu-ibu sedang melahirkan bayi-bayi mereka dan di tempat-tempat pertemuan lainnya.

Dalam keadaan demikian, maka tak ada peluang bagi para sahabat untuk memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Penghasilan mereka yang amat terbatas dan pas-pasan, habis digunakan untuk keperluan perbelanjaan di jalan Allah dan juga untuk menjamu tamu-tamu yang datang ke Madinah.

Seringkali jamaah-jamaah yang dikirim tersebut mengalami kesusahan dan kelaparan yang sedemikian rupa, demikian juga dengan keluarga yang mereka tinggalkan. Rumah-rumah para sahabat kosong dari harta kekayaan duniawi bahkan untuk kebutuhan yang paling minimal pun seringkali tidak tersedia. Junjungan mereka sendiri, Rasulullah SAW, dapurnya juga pernah tidak mengepul selama dua bulan berturut-turut.

Dengan asbab pengorbanan tersebut, 10 tahun kemudian ketika Rasulullah SAW wafat, maka cahaya Islam telah tersebar ke seluruh penjuru tanah Arab. Orang-orang yang dulu melakukan penentangan sangat keras, kini berbondong-bondong menjadi pengikut dan pembela setia ajaran beliau.