7.12.12
Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata
“Sungguh ramai orang telah terfitnah daripada generasi ini dengan penyakit suka berdebat atau berbantah-bantahan. Beranggapan bahawa mereka yang banyak berkomentar dan berdebat dalam masalah agama adalah lebih alim daripada mereka yang tidak banyak berkomentar dan berdebat. Ini tidak benar kerana komentar-komentar generasi tabi’in lebih banyak daripada komentar para sahabat, walhal para sahabat lebih alim daripada tabi’in; dan begitu juga komentar-komentar generasi tabi' at-tabi'in lebih banyak daripada generasi tabi’in, walhal generasi tabi’in lebih alim daripada generasi tabi' at-tabi'in.” (Fadlu Ilmi Salaf)
Imam Malik rahimahullah pernah ditanya
Imam Malik rahimahullah pernah ditanya berkenaan seseorang yang memiliki ilmu sunnah sama ada dia boleh berdebat dalam membela sunnah. Dia menjawab,”Tidak, memadai dengan hanya memberitahu tentang sunnah.” (Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik: 1/51; Siyarul A’lam: 8/106; al-Syari’ah: 62-65)
Muhammad ibn Ali ibn Husain rahimahullah berkata
“Pertikaian itu menghapuskan agama dan menumbuhkan permusuhan di hati-hati manusia.” (al-Adab al-Syar’iyyah: 1/23)
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata
“Cukuplah engkau sebagai orang yang zalim bila engkau selalu berdebat. Dan cukuplah dosamu jika kamu selalu menentang, dan cukuplah dosamu bila kamu selalu bercakap yakni selain daripada berzikir kepada Allah.” (al-Fakihi dalam Akhbar Makkah)
Ibnu Abdil Bar berkata
“Tidak akan pernah bahagia orang yang suka berdebat. Dan tidaklah engkau menjumpai seseorang yang suka berdebat kecuali di hatinya tersimpan sebuah penyakit.” (Jami al-Bayan al-Ilmi)"
Imam as-Syafi’i rahimahullah berkata
“Perdebatan dalam agama itu mengeraskan hati dan menanam sifat kedengkian yang mendalam.” (Thobaqat Syafiiyyah 1/7, Siyar 10/28)
Ja’far ibn Muhammad rahimahullah berkata
“Jauhilah oleh kalian pertengkaran dalam agama, kerana ia menyibukkan (mengacaukan) hati dan mewariskan kemunafikan.” (Baihaqi dalam Syu’ab: 8249)
Langganan:
Postingan (Atom)
