7.12.12
Tamthil
Hati manusia seperti singgahsana, apa atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi raja. Semua manusia hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu menghambakan diri kepada Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah Swt. - Tamthil
4 ujian dalam usaha dakwah
4 ujian dalam usaha dakwah: Dimuliakan, Dihinakan, Bertambahnya rezeki, Berkurangnya rezeki. 4 penyakit dalam dakwah: Terlalu bersemangat, Putus asa, Niat tidak betul, Melihat hasil.
Tamthil
. Perubahan berlaku di dalam dunia kerana ada manusia yang sanggup berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Seperti seorang yang hanya berniaga susu berskala kecil tetapi kerana ada usaha dan pengorbanan untuk mengeksport ke luar negeri, maka perniagaan susunya menjadi perdagangan antarabangsa. Begitu juga bahasa, seperti bahasa English. Justeru itu, jika ada pengorbanan dan usaha untuk agama, maka ini dapat mengubah keadaan dunia.
Tamthil
Hati yang menerima Agama ini seperti biji benih yang baik, tumbuh dalam tanah sehingga menghasilkan manfaat. Biji benih ini akan tumbuh menjadi pohon dan mengeluarkan buah-buahan yang dapat dinikmati oleh semua orang. Namun hati yang tidak menerima agama adalah seperti biji benih yang baik tetapi ditanam di tanah yang gersang, tidak akan dapat tumbuh dan tidak pula mendatangkan manfaat kepada yang lain. - Tamthil
Hajji Mohammed Abd Wahhab
Seorang yang menyebut nama Allah hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman, Ghafur, Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang, pemaaf dan sebagainya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
Hajji Mohammed Abd Wahhab
Seorang yang mendakwa mencintai Allah Swt dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata, “Benar kamu menyintaiku?” Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi, “Cuba lihat di belakangku, saudara perempuanku lebih cantik.” Lelaki itu berpaling darinya. Wanita itu berkata, “Jika benar kamu menyintaiku, kamu sesekali tidak akan berpaling dariku.” Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
Hajji Mohammed Abd Wahhab
Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan mengenali setiap afrad daripada perintah Allah Swt sepertimana seorang petani yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
Langganan:
Postingan (Atom)
