7.12.12

Syuro KH. Udzairon

Allah Swt menciptakan yang besar dan yang kecil dengan cara yang sama, begitu juga dengan surga dan neraka, dunia dan akherat, hanya dengan kata-kata: “Kun” – “Jadilah”, maka langsung terjadi. Perkara besar dan perkara kecil disisi Allah sama saja, diciptakan dengan “Kun” maka langsung jadi. Di hadapan Allah Swt ini seorang Raja dengan seekor nyamuk ini sama saja. Kalau Allah menghendaki bisa saja Raja membunuh nyamuk, jika Allah menghendaki bisa saja nyamuk membunuh raja. Semuanya menurut Kehendak Allah Swt saja. - Syuro KH. Udzairon

Prof. Salman Khan

Sahabat kehidupannya lapar berhari-hari sehingga perut mereka diikat dengan batu, disiksa, baju bertampal, rumah kecil, tetapi mereka dinyatakan telah berjaya oleh Allah Ta’ala dalam Al Qur’an. Sahabat menerima ancaman oleh musuh, meninggalkan keluarga, harta benda dan perniagaan, semua dilakukan demi kepentingan Agama. Inilah kehidupan orang-orang yang telah Allah Redha dan mereka Redha kepada Allah. - Prof. Salman Khan

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menjelaskan

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya menjelaskan: “Ayat ini (Surah Thoha:43-44) memiliki pengajaran (‘ibrah) yang agung (sangat bermanfaat), di mana walaupun Fir’aun adalah seorang penguasa yang sangat zalim lagi sombong, dan Musa pula adalah manusia yang dipilih oleh Allah di antara makhluk-Nya pada ketika itu, akan tetapi Allah melarangnya dari berbicara kepada Fir’aun melainkan dengan perkataan yang sopan lagi berlemah-lembut.” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 5/234)

Untuk menghitung nikmat Allah Swt

Untuk menghitung nikmat Allah Swt secara menyeluruh, maka manusia tidak akan mampu menghitungnya. Apa lagi menghitung nikmat Allah satu persatu. Menghitung nikmat Allah sahaja pun manusia tidak akan mampu, apa lagi membayar nikmat Allah Swt itu. La ilaha ilallah

Maulana Ibrahim

Haq dan yang Bathil itu datang dan pergi melalui proses secara bertahap. Jika Dakwah atas yang Haq hilang maka Dakwah atas yang Bathil akan masuk. Dengan Dakwah agama akan wujud dan kemaksiatan akan hilang. Tanpa Dakwah, kemaksiatan yang akan wujud dan agama yang akan hilang. - Maulana Ibrahim

KH. Udzairon

Setiap manusia yang inginkan kehidupan tenang, damai dan bahagia perlu mempunyai Iman yang benar. Iman itu ada rasanya, seperti gula yang rasanya manis dan garam rasanya masin. Kalau Iman ini tidak ada rasanya, ini bererti palsu Imannya. - KH. Udzairon

Tamthil

Kedudukan Ruh dalam jasad sangat penting. Bila Ruh masuk ke dalam jasad maka jasad bermanfaat. Sebaliknya, apabila Ruh keluar daripada jasad maka jasad akan menjadi bangkai dan hancur. Begitu juga dunia, Ruhnya adalah Agama(Islam). Dunia berserta isinya di ciptakan kerana adanya agama. Apabila tiada lagi orang yang mengucapkan Allah.. Allah, maka Allah Swt akan hancurkan dunia ini. Jadi perkara yang penting di muka bumi ini adalah Agama. - Tamthil

Hati yang tidak ada Iman

Hati yang tidak ada Iman tidak akan ada Ta'aluq kepada Allah Swt dan Iman tidak akan menjadi baik apabila tidak ada Usaha memperbaiki Iman.

Tamthil

Hati manusia seperti singgahsana, apa atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi raja. Semua manusia hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu menghambakan diri kepada Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah Swt. - Tamthil

4 ujian dalam usaha dakwah

4 ujian dalam usaha dakwah: Dimuliakan, Dihinakan, Bertambahnya rezeki, Berkurangnya rezeki. 4 penyakit dalam dakwah: Terlalu bersemangat, Putus asa, Niat tidak betul, Melihat hasil.

Tamthil

. Perubahan berlaku di dalam dunia kerana ada manusia yang sanggup berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Seperti seorang yang hanya berniaga susu berskala kecil tetapi kerana ada usaha dan pengorbanan untuk mengeksport ke luar negeri, maka perniagaan susunya menjadi perdagangan antarabangsa. Begitu juga bahasa, seperti bahasa English. Justeru itu, jika ada pengorbanan dan usaha untuk agama, maka ini dapat mengubah keadaan dunia.

Tamthil

Hati yang menerima Agama ini seperti biji benih yang baik, tumbuh dalam tanah sehingga menghasilkan manfaat. Biji benih ini akan tumbuh menjadi pohon dan mengeluarkan buah-buahan yang dapat dinikmati oleh semua orang. Namun hati yang tidak menerima agama adalah seperti biji benih yang baik tetapi ditanam di tanah yang gersang, tidak akan dapat tumbuh dan tidak pula mendatangkan manfaat kepada yang lain. - Tamthil

Hajji Mohammed Abd Wahhab

Seorang yang menyebut nama Allah hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman, Ghafur, Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang, pemaaf dan sebagainya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

Hajji Mohammed Abd Wahhab

Seorang yang mendakwa mencintai Allah Swt dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata, “Benar kamu menyintaiku?” Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi, “Cuba lihat di belakangku, saudara perempuanku lebih cantik.” Lelaki itu berpaling darinya. Wanita itu berkata, “Jika benar kamu menyintaiku, kamu sesekali tidak akan berpaling dariku.” Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

Hajji Mohammed Abd Wahhab

Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan mengenali setiap afrad daripada perintah Allah Swt sepertimana seorang petani yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

Maulana Muhammad Zakariyya rah.a

Perbuatan orang ramai yang tidak mahu mengamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan oleh orang biasa adalah umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana ianya disampaikan oleh tukang sapu jalanan. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a

Maulana Muhammad Zakariyya rah.a

Seorang yang mengambil habuan daripada agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci mukanya dengan kasut. Tidak mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah perbuatan orang yang bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan habuan dunia yang tidak mustahil bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari agamanya tapi perbuatan itu adalah amat dikeji Allah Swt. - Maulana Muhammad Zakariyya rah.a

Maulana Umar Palampuri rah.a

Keyakinan seorang da'ie hanyalah kepada yang Maha Esa. Umpama seorang yang membawa cermin dan kemudian pergi ke tengah medan yang gelap lalu dilihat di dalam cermin itu bulan yang cantik. Walau bagaimanapun, dia tetap meyakini bulan yang asal adalah di atas. Begitu jugalah seorang da'ie yang mempunyai sepuluh kedai miliknya tetapi keyakinannya tetap kepada yang Maha Esa, yang memberi rezeki hanyalah Allah Swt. - Maulana Umar Palampuri rah.a

Maulana Muhammad Yusuf rah.a

Da'ie ibarat matahari yang akan menyinarkan cahaya di kawasan mana yang dilaluinya bermula dari timur ke barat. Begitulah seorang da'ie, akan menyinarkan cahaya hidayah kepada setiap orang yang di dakwahkannya. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

Maulana Nazir Rahman

Usaha agama adalah satu tanggung jawab umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala daripada usaha agama seumpama seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar sakit dan mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka sebenarnya dia telah berlaku zalim kepada ibunya. - Maulana Nazir Rahman